KEMPEN DANA PEMBINAAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ AR RUQAIYAH FASA 2

MAAHAD TAHFIZ AR RUQAIYAH adalah pusat pengajian hafazan Al-Quran sepenuh masa. Telah memulakan operasinya pada 2009 ditanah waqaf MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) dan berdaftar dengan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).
Jumlah pelajar adalah 35 pelajar lelaki dan 25 orang perempuan sedang mengikuti pengajian hafazan disini. Alhamdulillah semenjak penubuhan, Maahad kami telah dapat melahirkan 33 orang Huffaz Al-Quran 30 juzuk lelaki dan perempuan. Buat masa ini pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian dibangunan waqaf di atas tanah waqaf MAIS berkeluasan 1 ekar yang mengandungi bangunan surau, kelas dan asrama yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pelajar
Bagi pelajar perempuan pula, pihak Maahad telah menyewa 1 lot tanah dan rumah yang dijadikan kelas dan asrama pelajar yang boleh menampung seharai 20 orang pelajar.
Alhamdulillah kami telah diberi tanah waqaf MAIS seluas 2 ekar di Kg. Bkt Kuching, Jeram Selangor (1 km dari Maahad Ar Ruqaiyah sekarang) dan bercadang untuk membina Maahad yang lebih besar dan selesa yang boleh menampung sehingga 300 orang pelajar.
Cadangan pembinaan komplaks Tahfiz baru kami adalah diatas tanah waqaf MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) dengan anggran kos RM10 juta iaitu merangkumi pembinaan:
a) Masjid
b) Asrama pelajar
c) Kelas Pengajian
d) Dewan Makan
e) Padang Permainan/Riadhah
f) Rumah guru dan Kakitangan
Sekarang, pembinaan memasuki Fasa Kedua di mana pembinaan rumah kakitangan & pejabat guru sedang giat dijalankan dan seterusnya pembinaan masjid dan asrama pelajar pula akan dijalankan dengan anggaran kos sebanyak RM1,000,000.00 diperlukan bagi menjayakan pembinaan Fasa Keuda ini.
Antara gambar-gambar progress pembinaan terkini:
Video progress pembinaan terkini:
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Pihak Maahad ingin membuka peluang kepada para penyumbang dan pewaqaf untuk sama-sama merebut ganjaran pahala yang akan sentiasa mengalir selama para Huffaz di sini membaca Al-Quran di dalam binaan bangunan ini yang datangnya dari hasil sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan.
Semoga Allah swt sentiasa merahmati anda dan semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin Ya Rabb.