RAYUAN DANA PEMBELIAN TANAH DAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN MALAYSIA
Sahabat Al-Quran Malaysia (SQM) ini telah ditubuhkan pada 2006. Ketika itu, Sahabat Al-Quran lebih dikenali sebagai suatu gerakan yang memperkasakan aktiviti berteraskan Al-Quran dan masih tiada bangunan. SQM mengadakan jelajah di seluruh Malaysia untuk mengajarkan ilmu Al-Quran pada anak-anak muda.

Atas permintaan ramai daripada ibu bapa, mereka meminta untuk pihak SQM dapat membangunkan sebuah Maahad Tahfiz supaya ada kesinambungan daripada siri jelajah. Oleh itu, pada tahun 2019, SQM telah membeli sebuah tanah di Batang Kali Selangor untuk dijadikan Maahad Tahfiz.

Di sini, Maahad Tahfiz Sahabat Al-Quran Malaysia (MTSQM) dapat berikan sepenuh perhatian kepada anak-anak tahfiz untuk terus mendalami ilmu Al-Quran.


Juga, antara fokus lain adalah:
* Belajar Bahasa Arab untuk mereka memahami setiap ayat Al-Quran,
* Penterjemahan Al-Quran,
* Mentadabur yang bermaksud pelajari Al-Quran dengan lebih dalam lagi.
* Hafazan Al-Quran dan Hadis
Kenapa MTSQM mementingkan ilmu Al-Quran? Kerana tujuan utama MTSQM, ingin melahirkan generasi celik Al-Quran.
Yang paling menarik di MTSQM, selain daripada ajaran Al-Quran, di sini ada juga sukan sunnah diajar kepada semua pelajar MTSQM. Antara sukan sunnah yang diajarkan disini adalah menunggang kuda dan memanah.

Oleh itu, pihak MTSQM ingin mengajak anda, untuk sama-sama membantu selesaikan urusan tanah dan juga pembangunan MTSQM untuk memberi keselesaan mutlak buat anak anak Tahfiz di sini.
Mana tahu, dengan bantuan yang anda berikan, bukan sahaja dapat membantu MTSQM tetapi juga diri anda. Insya Allah..


Allah SWT berfirman:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)